fbpx

Hiperplasia Kelenjar Prostat (BPH) I

Berdasarkan anggaran Persatuan Urologi Malaysia, setiap satu daripada 2 orang lelaki yang berumur 50 tahun ke atas ada risiko menghidapi penyakit Hiperplasia Kelenjar Prostat (BPH). Penyakit ini adalah amat biasa dalam kalangan orang lelaki dewasa. Walaupun begitu, kebanyakkan daripada kami masih tiada kesedaran terhadap penyakit ini. Jadi, hari ini kami akan membincangkan penyakit BPH ini dengan lebih lanjut. Jom baca sekali!

Apakah itu Kelenjar Prostat ? Apakah itu Hiperplasia Kelenjar Prostat ?

Kelenjar prostat adalah kelenjar yang bersaiz’walnut’, dan terletak di bawah pundi kencing. Air kencing akan disalur keluar dari pundi kencing mengikut uretra (saluran kencing di mana air kencing dialirkan keluar daripada badan) yang akan melalui pusat kelenjar prostat dulu sebelum sampai ke zakar untuk keluar dari badan. Kelenjar prostat adalah sangat penting dalam sistem reproduktif lelaki kerana ia menghasilkan air mani yang menyuburkan dan melancarkan perjalanan sperma semasa ejakulasi.

Perbandingan antara kelenjar prostat biasa dengan kelenjar prostat yang membengkak

Hiperplasia Kelenjar Prostat (BPH) adalah pembengkakan kelenjar prostat yang bukan bersifat kanser. BPH selalunya berlaku kepada kaum lelaki yang berumur 50 tahun ke atas. Kadar kejadian pembengkakan kelenjar prostat akan semakin meningkat mengikut umur. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, kadar kejadian BPH akan melebihi 50% pada umur 60 tahun ke atas dan melebihi 90% pada umur 85 tahun ke atas.

Anda mungkin tertanya-tanya, apakah kesan pembengkakan kelenjar prostat terhadap badan pesakit walaupun ia bukan bersifat kanser. Kelenjar prostat yang bengkak ini akan menekan salur kencing dan menyebabkan salur kencing menjadi sempit dan akibatnya mengurangkan kelancaran aliran kencing. Apabila kelenjar prostat ini semakin membengkak, pesakit perlu meneran semasa kencing.

Pesakit yang menghidapi BPH akan mengalami berbagai-bagai gejala kencing yang tidak selesa, termasuk kencing dengan lebih kerap dan sentiasa ada perasaan terdesak untuk kencing. Selain itu, kualiti tidur pesakit akan merosot kerana mereka akan kerap kencing pada waktu malam. Pesakit akan rasa susah untuk memulakan kencing dan aliran kencing mereka adalah tidak lancar. Semua ini menyebabkan pesakit rasa pundi kencing tidak dapat dikosongkan dan kekerapan kencing akan berkali ganda.

Gejala-gejala BPH

Sampai sini, kami mengharapkan anda telah mengenali BPH dengan lebih lanjut. Dalam artikel seterusnya, kami akan membincangkan ujian diagnostik BPH dan ubat-ubatan untuk merawatnya! Sila baca Hiperplasia Kelenjar Prostat II !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *