fbpx

Hiperplasia Kelenjar Prostat II 

Hari ini, kami akan membincangkan tentang ujian diagnostik Hiperplasia Kelenjar Prostat (BPH) dan juga rawatannya. Sekiranya anda belum baca artikel sebelum ini, sila tekan Hiperplasia Kelenjar Prostat I untuk mengenali BPH.

Ujian Diagnostik Hiperplasia Kelenjar Prostat (BPH)

Ujian Diagnostik Hiperplasia Kelenjar Prostat (BPH)

Terdapat pelbagai ujian diagnostik yang boleh digunakan oleh doktor anda untuk mengenal pasti BPH. Salah satu ujian yang paling banyak digunakan adalah Pemeriksaan Dubur Digital. Doktor akan masukkan jri ke dalam dubur pesakit untuk mengesan pembesaran kelenjar prostat ataupun tumor(indikasi untuk penyakit lain). Selain itu, ujian Antigen Prostat Sepsifik (PSA) juga digunakan untuk mengukur tahap PSA dalam badan pesakit, kerana tahap PSA akan mengkat apabila ada kanser kelenjar peostat atau pembengkakan kelenjar porstat. Ujian kencing dan analisa kencing juga boleh digunakan untuk mengesan masalah kesihatan lain seperti masalah buah pinggang dan jangkitan kuman saluran kencing yang boleh menyebabkan gejala-gejala kencing tersebut. Ujian Aliran Kencing adalah sesuatu mesin yang digunakan untuk mengukur kelancaran perjalanan air kencing. Sekiranya aliran kencing pesakit adalah lambat, kemungkinan besar pesakit menghidap pembesaran kelenjar prostat. Ini keranan kelenjar porstat yang besar ini akan menyumbat saluran kencing dan mengurangkan aliran kencing tersebut.

Ubat-ubatan Digunakan untuk Merawat BPH

Terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan yang boleh digunakan untuk mengawal pembesaran kelenjar prostat dan melancarkan aliran kencing pesakit.

alpha-adrenoceptor antagonist Ubat jenis ini mengendurkan otot licin prostat dan leher pundi kencing untuk melancarkan aliran kencing. Contohnya: Doxazosin and Tamsulosin.

5 alpha-Reductase Inhibitors

Ubat jenis ini membantu mengecutkan kelenjar porstat dengan mengurangkan hormon lelaki yang diperlukan untuk pembesaran kelenjar prostat. Contohnya:Finasteride and Dutasteride.

Petua-petua yang Membantu Mengurankan Gejala BPH

Mungkin sekarang anda atau ahli keluarge anda tengah terganggu dengan gejala-gejala BPH. Namun, jangan risau! Kami akan memperkongsikan petua-petua yang dapat membantu anda! Pertama, kurangkan minum air pada masa malam, terutamanya sebelum tidur. Kedua, ingatlah membuangkan air kencing pada masa yang tetap (tidak kira anda ada keinginan untuk kencing atau tidak) untuk mengurangkan perasaan terdesak untuk kencing. Ketiga, anda digalakkan berkencing dengan posisi duduk. Tunggu 20-30 saat setiap kali selepas berkencing dan cuba berkencing semula. Cara ini dapat kosongkan pundi kencing anda. Akhirnya, kurangkan makanan yang mengadungi kandungan kafein yang tinggi seperti kopi, teh dan coklat sebab kafein akanmenyebabkan anda kencing denga lagi kerap. Ingatlah, sekiranya anda tengah mengalami kesusahan berkencing, sila rujuk kepada doktor anda segara!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *